Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah

Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah

Seriously saya dah jumpa sebuah gerai makanan seafood yang sangat Awesome! Saya nak share bersama anda kerana kerap kali ke Kota kinabalu pasti susah nak cari kedai makan selara semenanjung.

Gerai ini adalah Gerai Sinar Delima (Nama asal kedai ini adalah Geray Sinar Delima Masakan Jawa Special) yang terletak berhampiran dengan Pasar Filipin dan Hotel Hyatt Regency. Kalau korang jalan kaki dari pasar tu hanya 5minit sahaja. Ianya berhampiran dengan bulatan yang ada ikan todak besar tu...

Di Kota Kinabalu memang banyak giler kedai makan masakan seafood sehingga anda juling mata dengan harga jauh lebih murah di semenanjung. So saya mengesyorkan gerai Sinar Idaman ini jika anda nak cuba masakan seafood. Harganya murah dan masakannya sangat Awesome!

Walapun diberi nama Masakan Jawa Special, tapi tu sekadar nama sahaja bro... Menu favourite yang menjadi menu harian adalah udang galah masak butter milk, sotong butter dry, kerapu masak tiga rasa dan kerapu masak stim halia. Korang kena cuba menu-menu nih!

Jika anda memasuki kawasan gerai-gerai nih, nant ramai la duta-duta kedai makan cuba heret anda untuk offer makan dikedai makan dorang. So disini anda boleh rambang mata juga dengan seafood diorang. 

Tapi kebanyakkan kedai yang saya makan Sinar Delima nih memenuhi citarasa saya. Mungkin lain mulut lain rasanya, melainkan anda makan selipar mungkin rasanya sama sahaja... Hehehe...

Nant lepas makan boleh lepak-lepak dan jalan-jalan sekitar waterfront tu yer... but take extra carefull with pick-pocket.

This is Awesome dude!

 







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam