Bercuti ke Ho Chi Minh City - Day 1

Trip to Ho Chi Minh City - Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Ho Chi Minh City.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kereta, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking

Tips #3 : Sewa kereta mungkin memerlukan  belanja yang lebih. Tetapi jika anda travel bersama bayi atau secara group, lebih baik memandu sendiri daripada memilih taxi. Lebih senang jika anda Hired Supir anda sendiri untuk mengelakkan kesulitan.

Tips #4 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.

Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar.

Dah bosan dengan tips, so lets move it move it babehh..

Day 1 :

Trip kali ini bersama keluarga M.Nasir menjadikan keseluruhan 11 orang termasuk 2 bayi. Penerbangan dari KLIA #MH760 menuju ke Ho Chi Minh City mengambil masa lebih kurang 2jam lebih. Macam KL ke Kota Kinabalu jer laaa. Nasib baik si Nazril suka tido dalam flight. So xde la nak meragam sangat.

Sampai aje di Airport Ho Chi Minh terus jumpa supir kami En Hanafi. Abang saya dah deal awal2 dengan Hanafi ni pasal dia agak kerap jugak ke sini. So xdek la susah payah nak angkut beg nak cari teksi bagai. Kat sini juga anda boleh deal dengan taxi jika nak hired taxi atau supir. Jika guna taxi, pasti taxi yang bermeter.

On the way ke hotel memang tak dinafikan lagi, traffic di Ho Chi Minh memang banyak motosikal. Rata-rata blogger dah inform dorang nih sangat suka bergerak dengan motosikal pasal harga minyak yang lebih mahal dari Malaysia.

Kami check-in di Xavier Hotel yang terletak 100meter dari pasar Ben Thang. Memang banyak hotel area Ben Thang nih dan rata-rata harga lebih kurang RM100-RM150 per night. Hotel xdela besar sangat tapi agak selesa untuk kami tiga beranak nak duduk. Kalu korang nak rasa mewah boleh cari Hotel Sheraton, Le Meredien dan Pavillion Hotel yang berdekatan dengan area Saigon River.

Depan hotel kami adalah Malaysia Street dimana majoriti rakyat Malaysia memilih menginap di kawasan ini pasal terdapatnya Ben Thang Night Market. Sepanjang jalan ini orang tempatan buka meja menjual beg Deuter, Kain Pasang dengan Baju Vietnam mcm pasar malam di Malaysia. Harga memang lagi murah dari dalam pasar Ben Thang.

Pasar Ben Thang di buka dari jam 7.30pagi dan ditutup jam 6.00ptg waktu tempatan. Di pasar ini memang banyak giler orang berniaga kain pakaian sehinggakan hampir majoriti peniaga mampu bertutur dalam bahasa Melayu. Matawang MYR juga diterima di Pasar Ben Thang dan juga Ben Thang Night Market.

Kain pasang boleh didapati dengan harga RM25-RM30. jika hebat dan tawar-menawar buleh murah lagi tapi jangan korang tawar kaw-kaw pastu belah camtu. Memang kena maki beb... Beg Deuter pulak berharga RM30-RM50 disini, bergantung dengan saiz beg yang diingini. Pastu sourvenior pula ada juga tapi lebih murah di Night Market Ben Thang. Secara purata, saya boleh katakan Night Market Ben Thang lagi murah jika nak dibandingkan didalam pasar Ben Thang tu sendiri.

Jangan lupa untuk layan Vietnam Coffee. Dorang jual atas moto berharga VND 20,000. Lebih kurang RM3.50. Layan beb kopi dorang... perghhhhh asal lalu je beli kopi ais beb.

Di Malaysia street ni ada beberapa kedai serve Halal Food. Cuma harganya agak mahal yang ketara. Nasi Goreng kosong berharga VND50,000 - VND80,000 iaitu bersamaan RM8.50 ke RM15.00. Kalu korang nak murah saya sarankan kedai nama Restoran Amin. Korang jalan-jalan kompem nampak restoran tu.

So malamnya kami hanya pusing pusing area Night Market, layan kopi dan usha apa yang nak beli esok lusa nih. Nak survey market dulu katakan...















Comments

najwaakutravel said…
Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam