Bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1

Trip to Krabi, Thailand - Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Krabi Town.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.

Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara Thailand, makanan Halal sebenarnya agak susah tetapi di Aonang dan Phi Phi Island memang senang nak dapat makanan halal.

Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar.

Dah bosan dengan tips, so lets move it move it babehh..

Minggu lalu kami ke Krabi. Tapi trip kali ini pon singkat juga, 3 hari 2 malam aje... Kalau ikutkan memang xsempat pon. Nak best ke Krabi ni 4hari atau 5hari beb... so dapat buat banyak aktiviti.

Tiket flight pon saya dah booking masa time raya tahun lepas. Harga tiket Airasia RM650 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak termasuk luggage dan seat. Hotel pula saya booking Aonang Viva Resort melalui Agoda.com berharga RM600.00 untuk 2 malam. Hotel agak mahal sikit pasal saya amik bilik Pool Access. Buka pintu ajer terus boleh terjun kolam.

Untuk pengetahuan korang, bulan November ke March adalah peak season di Krabi pasal keadaan laut yang tenang dan jarang hujan. Jika korang pergi bulan May hingga August, keadaan laut agak bergelora dan cuaca selalu hujan. So harga hotel memang sangat murah dan pakej ke pulau boleh di-cancelkan bila bila masa.

Day 1

Tiba di Airport Krabi kasi cari kaunter teksi ke Aonang Beach, harganya THB600.00. Lepas tu di pintu nak keluar tu kami beli Simkad Data berharga THB90.00 untuk 3hari akses. So hidupkan satu phone untuk jadikan hotspot.

Dalam on the way ke hotel driver akan tanya adakah kami memerlukan beliau untuk amik dari hotel ke Airport ketika pulang nanti. So korang boleh deal harga. Biasanya harga sama sahaja. Saya amik dengan driver yang sama pasal dia adalah seorang muslim dan sangat jujur,

Tiba di hotel check-in dan rileks dahulu. Nazril asyik tengok kat luar pasal depan pintu ada swimming pool... ketuk2 dia suruh bukak pintu sliding door tu... kesian kesian kesian...

Keluar jalan kaki cari sewa motor. Kebanyakkannya berharga THB200/24jam. So kami amik malam menjadikannya THB400.00. Dorang siap kasi helmet.

Dah dapat motor ronda-ronda area Aonang Beach untuk cari Pakej gi Pulau.

Rata-rata pakej ke Phi Phi Island dalam lingkungan THB1000 - THB1200 per person termasuk National Park Fee. Ada banyak lagi pakej yang lain tapi kami memilih pakej Phi Phi Island. Ini pon kami amik dengan kedai yang sewa motor kami tadi pasal dia kasi offer murah.

Pada waktu petang cari teksi disekitar hotel untuk ke Night Market. Harga dalam THB250 per person returns. Jam 6 petang menuju ke Night Market Krabi. Harus diingatkan bahawa kebanyakkan teksi ke Night Market start jam 6petang hingga 9malam. Perjalanan dari Aonang ke Night Market lebih kurang 40minit.

Anda boleh shopping souvenir dan tshirt di Night Market. Jauh lebih murah berbanding di Aonang Beach. Kat sini ada beberapa kedai makanan halal, korang cari yang pakai tudung tu.. tadi orang beratur panjang giler bak hang... so kami cancel nak makan situ, hanya beli air jus jer.

Balik dari Night Market singgah kedai makan halal di sekitar hotel Aonang Viva Resort. Terdapat banyak kedai makan halal kat sini. Harga pon agak ketat sikit... yer laaa sini bukan Malaysia yer... jalan2 duduk terus makan...

Sambung ke Day 2










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam