Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang taknak overbudget bila dah sampai Tokyo yang terkenal dengan bandar padat dan mahal.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel/homestay lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, Airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Jepun, terdapat banyak restoran yang Halal. Lebih menarik jika anda datang dengan keluarga dan memasak sendiri jika anda membuat tempahan guesthouse yang mempunyai dapur.

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda. Perjalanan ketika musim sejuk memerlukan lebih pakaian dan ubatan. Sila bawa air mineral bersama anda kerana air mineral yang dijual rata-rata berharga 100JPY (RM4.00)

Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara Jepun, negara ini tidak memerlukan Visa dan tidak mempunyai peraturan ketat untuk membawa makanan seperti Mee Segera, makanan segera, beras mahupun paket 3in1. 

Tips #5 : Di Negara Jepun, berbahasa Inggeris adalah menjadi perkara asing sehinggakan rakyat mereka perkataan Yes atau No pun tak tahu. Oleh itu sila download Google Translate bahasa Jepun untuk kemudahan anda nanti.

Tips #6 : Sila download Apps Japan Travel yang pasti akan membantu anda di Tokyo nanti. Juga jangan kedekut untuk menyewa Travel Wifi jika korang pertama kali ke Jepun untuk mengelakkan sesat. Hyperdia.com sangat membantu untuk carian perjalanan anda ke satu destinasi. Jangan lupa juga Currency Converter Apps.

Selesai perkara tips tu, mari saya ceritakan pengalaman saya menjejaki Tokyo ini.

Saya mula membuat carian tiket 3 bulan sebelum saya terbang ke Tokyo. Menggunakan carian Kayak.com memudahkan kerja pencarian tiket murah. Maka All Nippon Airways (ANA) menjadi pilihan dengan harga RM1,100.00. Sila ikuti review penerbangan bersama ANA yang sangat Awesome.

Percutian 4 hari 3 malam ini sangat singkat kerana saya ingin recce line dulu sebelum membawa famili ke Tokyo.

Bermula dari KLIA, pernerbangan tepat pada jam 0220pm membelah ruang udara Sepang yang sedikit berawan. Perkhidmatan flight ANA ini tidak membosankan pasal ada inflight entertainment dan meals dua kali makan. 



Pastinya sedikit excited terbang ke Tokyo (bucket list sejak kecik lagi bro nak gi Jepun ni) memyebabkan tak lena diulik mimpi dalam flight. Lepas hidangan heavy meal dihidangankan layan movie adalah jalan yang terbaik sehinggalah datangnya hidangan kedua iaitu sandwich bersama kopi panas.


Alhamdulillah tiba di Haneda International Airport pada jam 0945pm seperti yang dijadualkan. Tarik bag terus berjalan dengan lajunya menuju ke pemeriksaan Imigresen. Perancangan awal sebelum ini kami perlu tiba di guesthouse di Asakusa sebelum jam 1130pm. Agak cuak juga melepasi imigresen Jepun kerana tiada bunyi stamping pada passport. Ahaaaa rupernya depa hanya print dan tampal saja dipassport untuk pelepasan korang. Awesome!

Keluar imigresen dan membeli pass Pasmo Card untuk memudahkan perjalanan kami nanti. Kedai ini terletak betul-betul di pintu keluar Arrivals dengan logo Travel Information. 3000JPY adalah harga untuk sekeping kad, 2500JPY nilai dan 500JPY deposit kad. Aaaaaa kat sini korang boleh speaking yer.. depa faham. Terbaik! 




Selesai membeli Pasmo Card saya menuju ke guesthouse yang terletak di Asakusa. Guesthouse ini saya telah booking menggunakan Airbnb.com. Bagus pilih Airbnb ni pasal dia menggunakan konsep homestay dimana korang boleh lepak ramai dan yang paling penting ada dapur dan mesin basuh jika datang dengan keluarga.

Untuk ke Asakusa saya perlu mengambil Keikyu Kuko Line menuju ke Asakusa. Ada interchange pada Sengakuji Station. Boleh try kecek pakguard station kalau pening nak pilih train mana. Depa akan sedaya upaya akan menolong anda. Respek bro....


Pastinya menggunakan public transport Tokyo memang memeningkan kepala. Korang tengok ler nanti map depa kat bawah ni. Kena faham track mana yang korang nak pergi dan pastikan ada internet di tangan anda. Senang nak check train line mana nak naik dengan masa pukul berapa train tiba.

Tiba di Asakusa suhu menunjukkan -1c. Tak pernah dalam hidup saya berjalan kaki malam-malam dengan suhu mencecah -1c. Ianya agak tidak awesome kerana kesejukkan yang dibantu tiupan angin mampu mengigilkan tulang 4 kerat ni.

Sebelum menuju ke guesthouse, kami sempat membeli Kebab untuk lapik perut sebelum tidur nanti dan beberapa air dan barangan di kedai Lawson yang berhampiran dengan station Asakusa. Ikuti entry saya Restoran Halal di Tokyo nanti.





Bercuti ke Tokyo Japan - Day 2
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 3
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 4

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam